Analisis Kesalahan Bahasa
1. | Dalam kertas Bahasa Melayu STPM, asepk ini dikemukakan dalam bahagian D. Anda dikehendaki membetulkan kesalahan sistem bahasa pada satu contoh teks yang diberi. | |||||||||||||||
2. | Dalam soalan jenis ini, calon
akan dikehendaki:
i. mengenal pasti kesalahan-kesalahan
yang terdapat dalam petikan ii. menjelaskan sebab-sebab kesalahan berkenaan iii. membuat pembetulan Melakukan tiga perkara dalam satu teks wacana memerlukan anda menggunakan kaedah-kaedah sendiri untuk memudahkan kerja. Misalnya, anda menanda terus di atas kertas soalan kesalahan-kesalahan dengan pen pelbagai warna, misalnya merah, biru atau hitam. Hal ini penting kerana anda perlu membahagikan fokus kepada unsur-unsur bahasa seperti berikut: i. ejaan dan tanda baca ii. kosa kata iii. imbuhan iv struktur frasa dan struktur ayat |
|||||||||||||||
3. | Para pelajar perlu terlebih
dahulu mengetahui jenis-jenis kesalahan yang berlaku di sesebuah wacana:
hal Ini boleh diringkaskan seperti berikut:
|
Kosa Kata
1. | Pemilihan kosa kata
(merangkumi aspek diksi dengan maksud ujaran). Antara yang perlu diberi
perhatian adalah perkara-perkara berikut:
i. kata-kata yang mempunyai konotasi ii. penggunaan bentuk jamak iii. kesesuaian penggunaan kata ganti nama diri iv. penggunaaan kata hubung dan kata sendi nama v. penggunaaan kata yang tidak tepat |
||||||||||||||||||
2. | Kata-kata yang mempunyai konotasi berkait rapat pula dengan aspek semantik dan denotasi.. Misalnya kata `terlibat' dengan `terbabit' dan kata `kesan' dan `akibat'. | ||||||||||||||||||
3. | Penggunaan kata majmuk yang tidak betul seperti mereka-mereka ini, bangunan-bangunan yang tinggi-tinggi, enam orang pelajar-pelajar | ||||||||||||||||||
4. | Penggunaan kata ganti nama diri. perlu dikaitan dengan kesantunan bahasa. Penggunaan betul ganti nama diri dia dengan beliau, awak dengan `datuk, anda dengan awak, dan sebagainya. | ||||||||||||||||||
5. | Penggunaaan kata hubung
dan kata sendi nama. Penggunaan kata hubung ada yang tidak sesuai
dengan fungsi keterangannya kerana ada kata hubung yang merujuk kepada
masa, syarta, sebab, akibat dan sebagainya. Contoh: Perlawanan bola
keranjang dibatalkan apabila hujan lebat. (Kata hubung `apabila'
iala kata hubung yang menerangkan waktu, sedangkan yang dimaksudkan ialah
`sebab' pembatalan mesyuarat berkenaan. Kata hubung yang sesuai ialah `kerana'.)
Contoh: Kamu boleh pergi jika
kamu berkelakuan baik. Kata jika kurang sesuai kerana ia menunjukkan maksud `kemungkinan'. pada hal ayat ini menyatakan syarat untuk diberi cuti. Oleh itu, kata `sekiranya' atau `dengan syarat' lebih baik untuk menggantikan kata `jika'. |
||||||||||||||||||
6. | Penggunaan kata tidak tepat. Jenis ini ketara sekali kesilapannya. Contoh: Pada pendapatan saya, kita perlu menggandakan usaha jika mahu mendapat lebih keuntungan. | ||||||||||||||||||
7. | Imbuhan. Lihat contoh
kesalahan-kesalahan pada imbuhan di bawah yang merupakan kelaziman.
1 Pelajar baru berjanji
akan belajar bersungguh-sungguh dalam ikrar mereka. Berjanji ialah kata kerja tak transitif tetapi ayat merupakan ayat transitif. Oleh itu, imbuhan yang betul ialah menjanjikan. 2. Sebagai suami, Ali inginkan perhatian yang secukupnya daripada Halimah. Ingin ialah kata adjektif dan memerlukan kata depan `akan' 3. Cadangan untuk memperbesarkan pejabat akan menelan belanja RM1juta. `memper' ialah imbuhan kata kerja transitif dan tidak perlu akhiran `kan' untiuk menjadikan kata adjektif besar sebagai kata kerja transitif. 4. Hakim telah menjatuhkan pengedarkan dadah itu dengan hukuman gantung mandatori. Akhir `-kan' menunjukkan bahawa `pengedar dadah' itu dijatuhkan tetapi maksud ayat ialah `hukuman gantung mandatori' dijatuhkan ke atas `pengedar dadah'. |
||||||||||||||||||
8. | Frasa dan Ayat
Perhatikan contoh-contoh ayat di bawah
mengenai kesalahan frasa dan ayat yang kerap ditemui. i. Dia menyerahkan buku banknya kepada anaknya kerana dia amat percayakan anak bongsunya itu. ii. Nenek saya amat suka buah-buahan tempata seperti mangga, betik, jambu, dan nanas. iii. Turut menghadiri perjumpaan itu ialah Menteri Besar dan ketua-ketua jabatan kerajan. iv. Masalah itu mereka bincangkan hingga satu penyelesaian ditemui. v. Surat rayuan itu saya belum sempat baca lagi; tunggu esok.
|
Ferry Arbania , Sahabat Indonesia